Being prepared and knowing your own body are the secrets to calmly facing your first period at school
Sentiasa bersedia dan memahami keadaan badan sendiri adalah rahsia untuk kekal tenang ketika menghadapi haid di sekolah buat pertama kali Haid pertama anda di sekolah mungkin datang tanpa diduga, dan ini mungkin menyebabkan sedikit keresahan. Akan tetapi, perlu diingati bahawa kedatangan haid adalah satu perkara biasa bagi setiap wanita dan kedatangan haid yang mengejut tidak seharusnya dianggap terlalu besar dan menakutkan 😉
Rahsia untuk mengawal situasi ini dengan baik adalah dengan berjaga-jaga dan sedia maklum dengan apa yang harus dilakukan untuk mengelakkan kebocoran haid. Namun begitu, sekiranya kebocoran tetap juga berlaku, terdapat beberapa tip menarik yang akan kami kongsikan dengan harapan tip-tip tersebut dapat membawa keselesaan dan keyakinan untuk wanita menjalankan hari persekolahan tanpa rasa bimbang. Ini adalah senarai untuk ""tips mengendalikan haid wanita ketika di sekolah"":
1. Fahami badan anda
Badan anda kebiasaannya akan memberi tanda-tanda sekiranya haid bakal tiba, seperti kekejangan, sakit kepala, ketidakstabilan emosi dan buah dada yang sensitif. Tanda-tanda ini lebih dikenali sebagai ""simptom-simptom PMS"". Anda akan lebih cenderung untuk mendapat jerawat di muka dan akan merasa lebih sensitif dan cepat marah.
Wanita yang belum pernah mengalami haidnya yang pertama juga berpotensi untuk mengalami simptom-simptom PMS ini. Masalahnya, mereka tidak pernah mengalaminya sebelum ini, jadi mereka akan rasa tidak selesa.
Sekiranya anda mengalami haidnya yang pertama di sekolah, jangan panik! Bila di tandas, gunakan tisu tandas yang telah tersedia sebagai bahan ganti. dan,mintalah mana-mana rakan anda yang mempunyai tuala wanita di simpanan mereka. Anda juga boleh meminta pertolongan salah seorang guru atau jururawat sekolah. Jangan bimbang kerana setiap wanita di dunia melaluinya dan mereka boleh membantu kaum wanita yang lain.
2. Ketahui kitaran haid anda
Dalam hal ini, kitaran haid kebiasaannya berlaku di antara 24 hingga ke 35 hari. Jikalau anda mengalami perkara yang sama, hendaklah diingatkan supaya mencatat hari pertama kitaran haid di kalkulator haid anda, kemudian catat hari seterusnya yang haid anda akan datang, berdasarkan kitaran haid anda. Bila hampir pada waktunya, ingat untuk bawa beberapa tuala wanita di dalam beg sekolah anda sebagai persediaan.
Tetapi, tidak semua mengalami kitaran haid yang sama - dan ianya tidak menjadi masalah untuk mengalami sedikit perbezaan. Jika kitaran haid anda tidak teratur dan anda tidak dapat mengenal pasti tarikh haid anda yang seterusnya, kaedah kalendar mungkin tidak sesuai untuk anda. Ia masih boleh memberi petunjuk kepada anda kerana perbezaannya minimal, tetapi memberi perhatian kepada perubahan di badan anda adalah cara yang terbaik! Jikalau ada sebarang ""simptom-simptom PMS"" yang anda alami, bawalah satu atau dua tuala wanita di dalam beg tangan anda sebagai langkah berjaga-jaga. Lagi mudah, sentiasa simpan satu tuala wanita di beg galas anda untuk kecemasan.
Jika kitaran haid anda tidak teratur, anda dinasihati supaya merujuk kepada pakar ginekologi untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik.
3. Tukar tuala wanita apabila perlu.
Untuk mengelakkan kebocoran haid, ianya penting untuk menukar tuala wanita sebelum ianya terlalu penuh. Anda boleh tahu rasa tuala wanita itu basah. Itu tandanya anda perlu ke tandas untuk menukar tuala wanita tersebut. Dari masa ke masa, anda akan mampu memahami aliran haid sendiri dan kekerapan untuk menukar tuala wanita. Untuk rasa kekal selesa dan selamat, jangan tunggu untuk tuala wanita itu penuh. Kami mencadangkan tuala wanita perlu ditukar sekurangnya setiap 4 jam.
Apabila tiba masa untuk menukar tuala wanita di sekolah, anda boleh menyimpan tuala wanita yang baru di poket seluar atau di dalam bekas. Haruslah diingatkan bahawa anda tidak perlu berasa malu dengan kedatangan haid. Keluarkan tuala wanita daripada beg galas anda dan pergi ke tandas tanpa perlu rasa bimbang.
4. Ianya bocor! Apa anda boleh lakukan?
Jika anda sudah membaca artikel ini hingga di sini, anda akan tahu cara untuk mengelakkan kebocoran daripada berlaku di sekolah. Tetapi sekiranya kebocoran tetap berlaku, jangan risau, tukarkan sahaja tuala wanita dengan serta merta. Tutup bahagian seluar yang kotor dengan mengikat jaket ataupun baju panas di keliling pinggang. Jika anda tidak mempunyai apa-apa untuk menutupi kekotoran itu? PInjam daripada rakan-rakan. Percayalah, semua akan membantu anda!
Jika anda mengalami aliran haid yang banyak, ia adalah satu idea yang baik untuk membawa seluar dalam di dalam beg galas anda sekiranya melakukan berlaku perkara yang tidak dingini.
5. Jangan tidak hadir ke sekolah
Datang haid adalah perkara semula jadi dan sihat. Jadi ini bukan penghalang untuk anda ke sekolah. Ingatlah, badan kita adalah kebanggaan kita.
Namun, kekejangan, sakit kepala, dan simptom haid yang mempengaruhi emosi boleh membuat anda rasa lemah dan tidak bersemangat untuk menjalankan aktiviti harian. Percayalah bahawa ini juga perkara yang biasa sahaja! Rujuklah pada pakar ginekologi anda untuk cara mengendalikan simptom-simptom PMS dan haid yang betul. Pakar ginekologi mungkin akan menasihatkan supaya mengubah tabiat dan juga tips lain untuk kebaikan anda. Anda juga boleh berbincang dengan para guru pada hari anda rasa tidak bersemangat. Mereka akan faham. Percayalah!
Jadi sudahkah anda bersedia untuk menempuhi haid pertama anda di sekolah?