Tentang Kami

Tentang Kami

Wanita merupakan insan yang berupaya melakukan banyak perkara. Mereka mempunyai ciri-ciri yang teguh, bertenaga, bercita-cita tinggi – dan di Kotex, kami percaya bahawa tiada apa yang mampu menghalang mereka. Selama lebih 20 tahun, Kotex sentiasa berada di sampingan setiap orang wanita di Malaysia. Saban tahun, kami bukan sahaja ingin menjadi pembantu wanita pada masa haid, tetapi juga memberikan mereka keyakinan bagi menghadapi rintangan dalam kehidupan, sambil membantu mereka mencapai potensi dalam diri.

Kotex dengan bangganya menghasilkan produk sanitari pelbagai jenis di negara ini, termasuklah pad maxi, pad malaman, pad ultra nipis, pad nipis dan pelapik harian. Sebagai peneraju di dalam bidang penjagaan intim wanita, Kotex kekal memacu industri dengan inovasi canggih seperti Overnight Panties pertama di Malaysia, dan seleksi Odor Care dan Anti-Bacteria yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi.

Kotex adalah sebahagian daripada jenama Kimberly-Clark, satu koperasi yang berusaha untuk menjadi peneraju dalam penghasilan produk yang meningkatkan kualiti hidup. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Kimberly-Clark Worldwide, Inc.