Adakah Darah Beku Normal Semasa Haid?
Adakah Darah Beku Normal Semasa Haid (Darah Haid Berketul)?
Bunyinya memang pelik, tapi sebenarnya sangat bagus jika anda betul-betul peka dengan apa yang keluar dari badan anda semasa datang haid (datang bulan). Selalunya kita risau dengan benda-benda asing yang keluar sepanjang tempoh haid. Darah haid berketul bukan satu benda yang asing. Anda biasanya akan nampak ia keluar pada masa darah haid mangalir dengan banyak - rupanya seperti seketul jeli melekit. Menggelikan, tapi normal.
Darah beku ada banyak saiz, kadang-kadang sebesar duit syiling 20 sen. Darah beku terjadi sebab lapisan di uterus terhakis sekali banyak dan keluar seketul, bukannya mengalir keluar seperti cecair biasa. Yang bagusnya kalau darah beku terjadi, anda keluarkan darah dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa dan haid anda tak akan berlanjutan lama. Tapi kalau darah beku yang keluar saiznya lebih besar dari saiz duit syiling 20 sen dan anda rasa tak sedap badan, atau darah haid berketul keluar terlalu banyak, terus pergi berjumpa pakar kesihatan.