Kitaran Haid Lewat
Kitaran Haid Lewat
Perkembangan Kitaran Haid Lewat
Kebanyakan perempuan dapat haid mereka yang pertama pada bila-bila masa di antara umur 11 dan 14 tahun, tapi ada yang dapat seawal umur 9 tahun dan ada yang selewat 16 tahun. Haid pertama adalah sangat istimewa, ia ada nama khas, yang dipanggil Menarke (berima dengan anarki) dan merupakan permulaan kitaran haid anda yang akan bersama anda sepanjang hayat. Menunggu haid pertama untuk datang boleh jadikan anda runsing - jadi, amat berguna jika anda persiapkan diri dengan membaca tentang fakta-fakta tentang haid.
Tapi macam mana kalau anda berumur 16 tahun tapi masih belum datang haid?
Sesetengah perempuan dapat haid pertama agak lewat. Ia terjadi agak kerap di kalangan remaja perempuan di seluruh dunia, hingga dapat nama istimewa, Amenorea Primer (tak berima dengan perkataan yang menarik kali ni). Nama yang agak gah untuk situasi di mana badan anda masih belum mulakan kitaran haid tetapi rakan-rakan yang lain semua sudah. Jangan risau, silap-silap rakan anda yang cemburu sebab anda tak perlu susah-susah bawa pad ke hulur ke hilir dan tak risau pasal PMS. Ada banyak faktor yang menyebabkan remaja perempuan dapat haid lambat - kami ada info tentangnya, sila lihat di bawah.Apa yang menyebabkan kitaran haid anda berkembang lewat
Kromosom anda adalah sel-sel kecil yang menjadi sebahagian daripada blok pembinaan badan (DNA). Ia menentukan macam mana badan anda nak berkembang, berapa tinggi untuk membesar, warna rambut anda dan banyak lagi. Kadang-kadang ada keralatan terjadi pada kromosom dan ini boleh menjejaskan badan anda dengan agak kurang baik. Salah satunya ialah dengan membuat kitaran haid anda datang lewat.
Banyak lagi faktor yang boleh mengganggu hormon; seperti habit pemakanan, terlalu sedikit atau terlalu banyak bersenam atau stres. Ada juga kes di mana seseorang itu dah mengalami masalah-masalah berikut sepanjang hayat tetapi baru sekarang ia makin ketara - jadi jika anda risau dapat haid yang lambat, elok untuk anda bercakap dengan ibu, doktor atau teman rapat.
Apa yang boleh saya buat?
Tak banyak yang anda boleh buat untuk paksa haid datang dengan cepat, ia akan keluar dengan sendiri bila masanya telah tiba. Tapi kalau anda rasa sangat risau, cuba berjumpa dengan doktor anda.
Sebelum berjumpa dengan doktor, buat satu senarai dan tuliskan semua kerisauan anda (mestilah tentang haid - janganlah tanya doktor tentang soalan peperiksaan, budak lelaki atau percintaan pula ya) dan beritahu mereka ubat-ubatan yang anda ambil. Doktor mungkin akan tanya soalan-soalan yang buatkan anda malu untuk jawab, tapi janganlah risau ya kerana ianya normal bagi mereka. Walaupun kes datang haid lewat ini memang normal, doktor selalunya ingin tahu tentang semua butiran. Kalau mereka syorkan buat ujian, hanya ikut cadangan mereka kerana mereka ingin membantu anda sebaik mungkin.
Kalau anda nak pastikan haid anda keluar tepat pada masanya, kami cadangkan untuk anda menjalani gaya hidup sihat - makan makanan berkhasiat, bersenam, berehat dan jangan biarkan stres mengambil alih hidup anda dalam rutin harian. Akhir sekali, kalau anda nak rasa selesa dan tak nak rasa terlalu stres menunggu haid, bersembanglah dengan orang perempuan di dalam keluarga dan bertanya dengan mereka tentang pengalaman haid pertama. Kromosom diturunkan oleh ibu dan bapa - jadi ada kebarangkalian yang haid datang lewat juga dialami oleh ibu dan nenek. Bila haid akhirnya datang, pastikan yang anda sentiasa ada pad Kotex®!