Haid

Kenapa Payudara Saya Rasa Sakit/Tegang Semasa Haid?

Kenapa Payudara Saya Rasa Sakit/Tegang Semasa Haid?

Anda mesti pernah rasa. Rasa seperti sesuatu yang tak kena pada buah dada anda. Lepas itu, anda mengalami senggugut dan rasa mengidam. Apakah yang tengah berlaku dengan badan anda? Jangan risau, bukan anda seorang saja yang rasa macam ini. Semua simptom itu adalah biasa dan ia boleh dianggap sebagai tanda bahawa haid anda berdekatan.

Dalam peringkat awal kitaran haid, hormon di dalam badan akan mengalami banyak perubahan. Sesatunya ialah sel tisu dalam tetek perempuan akan menjadi sangat sensitif dengan perubahan hormon ini, terutamanya hormon estrogen dan progesteron. Dalam peringkat tengah haid anda, perubahan hormon ini berfungsi untuk menyediakan lapisan pada dinding rahim (proses ketebalan lapisan dinding rahim adalah satu process penting untuk penghamilan). Perubahan kepada hormon estrogen dan progesteron juga membuatkan sel tisu buah dada membengkak sikit dan membuatkan ia jadi lembut. Oleh itu, kebanyakan wanita akan mengalami kesakitan atau ketegangan payudara semasa kitaran haid biasa.

Cara-cara efektif untuk mengurangkan kesakitan pada buah dada:

Gunakan bra sukan jika anda akan membuat banyak pergerakan seperti aktiviti aktif.
Pengurangan pergerakan buah dada akan mengurangkan kesakitan.

Bersenam


Membantu mengurangkan sindrom pramenstruasi (PMS) termasuk kesakitan payudara.
Dengan membuat senaman aerobik, badan anda akan melepaskan hormon endorfin yang akan membantu mengurangkan kesakitan.

Mandi dengan air panas atau air suam


Membantu peredaran darah dan memberikan ketenangan kepada otot-otot badan.
Anda juga boleh mengurangkan kesakitan buah dada sebelum ia mula sakit! Diet pemakanan juga memainkan peranan yang penting. Kurangkan pengambilan makanan yang bergaram, yang mengandungi kafein dan makanan tenusu. Anda digalakkan untuk mengambil makanan yang berserat tinggi dan juga minum kacang soya.

Sekarang tahulah anda bahawa anda tidak berseorangan apabila payudara sakit sebelum haid. Jika anda tidak tahan sangat rasa sakit, jumpalah doktor untuk mendapatkan ubat yang sesuai. Rasa sakit ini sepatutnya hilang bila haid anda sampai, jadi jika anda mengalami kesakitan yang berterusan selepas haid anda sampai, jumpalah doktor dengan segera.

Sumber: Artikel diadaptasi daripada sumber artikel asli U by Kotex – Australia

Recommended Products