Kesihatan V-Zone

Tentang Kelembapan Harian

Tentang Kelembapan Harian

Macam mana ia terjadi

Kelembapan harian lebih kurang sama seperti senggugut; sesetengah perempuan tak perasaan kehadirannya, dan ada sesetengah yang rasa tak selesa langsung. Tapi tidak kira sama ada anda rasakannya atau tidak, kelembapan harian memang biasa terjadi.

Sama seperti bahagian anggota badan kita yang lain, kawasan kemaluan terdapat kelenjar peluh dan folikel bulu yang menyebabkan kelembapan melalui peluh. Lebih-lebih lagi dengan cuaca negara kita yang lembap, kita memang tak dapat nak elak daripada berpeluh. Jadi pastikan anda sentiasa jaga tahap kebersihan diri dan amalkan tabiat cermat ketika di tandas untuk mengelakkan dari mengalami masalah seperti ruam dan kegatalan pada kawasan kemaluan.

Cara penjagaan secara cermat

Kelembapan harian memang biasa terjadi, tetapi ia bukan perkara yang boleh diambil ringan. Kalau tidak dijaga dengan betul, kelembapan harian boleh menyebabkan masalah seperti ruam dan kegatalan. Jangkitan juga boleh berlaku secara luaran atau dalaman, disebabkan bakteria, kulat, virus atau kombinasi antara kesemua organisma itu. Untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini, elok untuk anda mengamalkan tabiat yang baik, seperti yang tersenarai di bawah:

  • Gunakan panty liner setiap hari
  • Bersihkan kawasan kemaluan dengan betul
  • Lap dari arah depan ke belakang untuk elakkan bakteria masuk ke dalam saluran kencing
  • Elakkan sabun, gel dan antiseptik yang ditambah pewangi
  • Mencukur bulu di keliling kawasan kemaluan
  • Jumpa doktor sekiranya anda ternampak tanda-tanda kemerahan, ruam, kegatalan atau keputihan yang tidak normal

Tahukah anda:

Kawasan kemaluan direka bentuk untuk memastikan ia sentiasa bersih dengan bantuan rembesan dan keputihan semula jadi. Anda mungkin akan rasa sedikit kurang selesa dengan kelembapan yang terjadi, hasil daripada proses penjagaan kebersihan semula jadi ini. Tapi tak perlu risau, anda hanya perlu pakai Kotex® panty liner setiap hari. Ia menyerap kelembapan dan mempunyai aliran udara, membolehkan anda kekal bersih, segar dan selesa setiap hari.

Recommended Products