Normal Ke Kalau Haid Saya Yang Lepas Ada Bau Seperti Berlogam?
Normal Ke Kalau Haid Saya Yang Lepas Ada Bau Seperti Berlogam?
Anda nak tukar pad dan tiba-tiba terbau sesuatu seperti berlogam, datang dari arah bawah. Jangan risau, itu sebenarnya normal! Memang biasa terjadi pun. Anda mungkin dah pernah alaminya, cuma tak pernah perasan. Bau berlogam itu datangnya dari zat besi dalam darah anda. Memang itulah bau darah sebenarnya. Kalau anda tak tahan dengan bau itu, kami cadangkan anda pakai pad Kotex® Natural Care dengan Odor-Care untuk pastikan zon-v anda kekal segar. Pad penyerap Kotex® Odor Care mengandungi bahan-bahan semula jadi yang diperolehi daripada minyak pati untuk kawal bau-bau tak menyenangkan. Kalau anda masih rasa kurang selesa tentang bau atau anda rasa bau itu terlalu kuat, sila terus pergi berjumpa dengan doktor. Bau itu mungkin ada kena-mengena dengan tahap bakteria normal yang tak seimbang dalam vagina anda, tapi situasi macam itu jarang terjadi. Selagi anda tak rasa kepedihan atau kegatalan, anda masih dalam keadaan yang sihat.
Sumber: Artikel diadaptasi daripada sumber artikel asli U by Kotex – Australia