Haid Pertama Saya

Apa Yang Sedang Berlaku Semasa Haid Anda Tiba

Apa Yang Sedang Berlaku Semasa Haid Anda Tiba

Datang Bulan

Remaja perempuan mula dapat haid (atau datang bulan) pada bila-bila masa di antara umur 8 dan 17 tahun, tapi kebanyakannya akan mula dapat kitaran haid bila mencecah umur 11 hingga 14 tahun. Perasaan dan emosi yang bercampur-aduk (PMS) itu normal. Ada perempuan yang tak sabar nak mula mendapatkan haid dan berasa ketinggalan kalau belum datang bulan lagi, lebih-lebih lagi kalau rakan-rakan sebaya lain dah mula dapat. Ada juga sesetengah perempuan yang tak berapa gelisah dan rasa normal jika datang bulan bila dah ke peringkat remaja. Tiada cara lain kalau nak buatkan haid datang lagi awal atau nak manangguh kedatangan haid. Jangan panik kalau haid anda masih belum tiba - kitaran haid akan mula bila badan anda dah bersedia.

Anda akan nampak darah berjumlah kecil mula keluar dari faraj (vagina) semasa haid pertama bermula. Pendarahan itu satu perkara normal dan akan berlarutan selama seminggu dan berlaku sebulan sekali. Biasanya, darah haid akan mengalir selama lima hari, tapi ada sesetengah orang hanya dapat pendarahan secepat dua hari, atau selama tujuh hari. Aliran darah haid akan keluar dengan sedikit, banyak atau sederhana. Aliran untuk setiap perempuan berbeza semasa datang bulan. Aliran anda kadang-kadang bermula dengan perlahan, lepas tu jadi deras, dan perlahan balik. Ikut kadar kelajuan darah yang mengalir keluar, anda biasanya kehilangan di antara 2 hingga 6 sudu teh darah setiap kali haid. Jangan risau, mula-mula memang geli dan sakit, tapi lambat-laun akan jadi lali. Bila kitaran haid dah mula, anda akan alaminya setiap bulan sekali sampai umur mencecah lebih kurang 50 tahun - banyak masa untuk biasakan diri!

Datang bulan: maksudnya apa?

Banyak perempuan tidak faham tentang konsep kitaran haid. Tak salah kalau tak tahu - itulah sebab kami di sini! Secara ringkas, haid berkaitan dengan organ pembiakan perempuan dan konsep melahirkan bayi. Walaupun anda tiada niat untuk cuba mendapatkan anak, badan anda tetap bersedia! Bila kitaran haid dah mula, memang tinggi kebarangkalian untuk hamil.

Perempuan dilahirkan dengan beribu-ribu telur kecil (ova) di dalam ovari. Bila mencapai akil baligh, badan anda mula keluarkan hormon dipanggil estrogen (yang mengawal kitaran haid), ovari akan suburkan telur-telur dan sebiji telur akan dilepaskan setiap bulan - ini dinamakan ovulasi. Telur itu akan bergerak dari ovari, turun ke tiub Fallopio, dan ke dalam uterus (rahim).

Dalam proses yang sama, lapisan di uterus akan menjadi semakin tebal sebab kalau telur itu disenyawakan dengan sperma (ketika seks), telur itu boleh melekat pada lapisan uterus untuk berkembang jadi bayi. Lapisan uterus menebal sebab ia boleh beri nutrien pada telur yang berjaya melekat. Kalau telur tak disenyawakan, lapisan ekstra di uterus tak digunakan, dan akan dikeluarkan melalui vagina (faraj). Inilah darah haid yang disebut-sebut sebelum ni.

Senggugut (Sakit period)

Haid boleh menjadi penyebab anda rasa tak selesa dan kesakitan. Kejang perut paling biasa terjadi semasa haid. Bagi sesetengah perempuan, kesakitan tu tak terlalu teruk dan tak terlalu lama (untung kalau anda dalam situasi begini). Tapi ada beberapa orang yang kurang bernasib baik, kejang perut yang mereka alami sangat menyakitkan (jika ini adalah anda, sila beritahu ibu, ahli keluarga perempuan yang lain atau rujuk dengan doktor). Ada berbagai cara untuk membantu anda, jadi jangan segan-segan untuk berkongsi! Anda juga boleh baca tentang cara-cara berkaitan untuk merawat senggugut di laman web ini.

Kenapa saya?!

OK kami mengaku! Haid memang tak seronok langsung! Anda mungkin rasa tak adil kerana orang lelaki tak payah susah-susah untuk menghadapi haid. Kadang-kadang anda rasa bila datang haid boleh kacau mood seharian dan tak berdaya nak hidup! Kami sangat faham dengan situasi sebegini: senggugut yang terjadi setiap bulan agak menjengkelkan dan boleh buat anda rasa tak bermaya. Tiada siapa yang gemarkan perkara macam ni, itulah sebab Kotex® pads dan liners di sini! Anda hanya perlu ingat bahawa kitaran haid sebahagian daripada proses tumbesaran untuk menjadi seorang wanita. Ini merupakan tanda anda seorang individu yang sihat. Badan anda akan membiasakan diri secara semula jadi dengan kedatangan haid setiap bulan dan yakin bahawa anda juga akan jadi tak hairan dengan kesan sampingan yang tak berapa menyeronokkan ini.

Recommended Products