Fakta Penggunaan Liner
Fakta Penggunaan Liner
Lapisan halus
Apa anda rasa kalau kami bagitahu yang ada waktu gersang yang akan anda hargai? Ya, anda bukan salah dengar. Kebanyakan perempuan mengalami kelembapan pada kawasan kemaluan dengan kerap. Ia boleh terjadi dengan berpeluh, keputihan atau tabiat ke tandas. Ianya memang menjengkelkan, dan tiada apa yang boleh anda buat. Tapi apa yang kita boleh lakukan ialah melindungi diri kita dari kelembapan harian dan pakai panty liner setiap hari. Ia memastikan kita kekal kering, bersih dan selesa. Panty liner juga nipis dan kecil, direka bentuk khas untuk dipakai setiap hari.
Ada banyak sebab kenapa elok untuk pakai liner. Contohnya, kalau anda bersukan dan anda tahu akan berpeluh dengan banyak, liner adalah pilihan yang tepat. Ia boleh menyerap peluh dan anda tak perlu lagi risau seluar dalam menjadi basah sepanjang masa. Oleh kerana liner juga nipis, tak akan rasa seperti anda memakainya! Selepas anda selesai bersukan, hanya perlu tukar kepada liner yang baru dan anda boleh kekal rasa segar.
Pertama kali gunakan liner?
Sama seperti anda tak lupa pakai lipstik setiap kali keluar rumah, sesetengah perempuan pakai panty liner setiap pagi sebelum keluar. Ia membantu kekalkan rasa segar dan melindungi daripada kelembapan. Kalau anda ingin pakai panty liner setiap hari tapi masih ada pertanyaan berlegar di dalam minda, berikan peluang kami jawab sebarang soalan sambil menghilangkan segala keraguan anda.
Berapa kerap saya perlu tukar liner?
Panty liner paling sesuai untuk mengekalkan rasa segar sepanjang hari, jadi dicadangkan untuk tukar selang setiap 4 jam.
Adakah panty liner ada aliran udara dan selamat untuk dipakai setiap hari?
Panty liner mempunyai bantuan aliran udara dan selamat untuk dipakai setiap hari. Dengan Sistem Udara-Aktif untuk meningkatkan peraliran udara, anda akan rasa segar dan selesa sepanjang hari sambil sentiasa dilindungi.
Saya perlu pakai panty liner yang ditambah pewangi atau tidak?
Terpulang kepada anda! Kalau anda mahukan kesegaran ekstra, cuba liner dengan pewangi. Kotex® Daily Liners Daun Sirih dengan formula ekstrak Daun Sirih membantu anda kekal segar sepanjang hari.
Macam mana saya nak buang panty liner?
Jangan buang liner di dalam lubang tandas kerana ia boleh mengakibatkan sistem paip tersumbat. Kebanyakan tandas ada sediakan tong sampah khas, jadi anda boleh buang panty liner yang dah dipakai ke dalam tong itu (anda mungkin mahu gulungkannya di dalam tisu sebelum buang). Kalau tiada tong sampah khas disediakan, jangan risau. Hanya perlu bungkus panty liner gunakan tisu tanda atau beg plastik, dan buangkannya di tong sampah biasa.
Mengenai Kotex® Daily Liners
Kotex® Daily Liners ada berbagai jenis produk yang sesuai dengan keperluan setiap individu. Ada Kotex® Daily Fresh Liners (tanpa pewangi), Kotex® Daily Odor Care Liners (dengan ekstrak Daun Sirih), dan Kotex® Daily Bacteria Control Liners (dengan lapisan Anti-Bakteria ekstra) – semua jenis produk ini datang dalam bentuk Ultra Nipis, Biasa, dan Panjang & Lebar. Kotex® Daily Liners memberikan lebih daripada rasa segar dan yakin setiap hari. Ringan, beraliran udara dan dengan ekstrak Daun Sirih untuk membantu mengawal bau yang tak diingini, panty liner sangat penting di dalam kehidupan harian anda. Dengan Lapisan Penyerap Pantas untuk menyerap kelembapan harian dengan efektif dan Sistem Udara-Aktif untuk meningkatkan aliran udara, Kotex® Liners direka bentuk untuk memberi jagaan rapi bagi kawasan kemaluan anda.
Sumber: Artikel diadaptasi daripada sumber artikel asli U by Kotex – Australia