Aliran Yang Banyak, Tak Menentu Dan Menyakitkan
Aliran Yang Banyak, Tak Menentu Dan Menyakitkan
Masalah Haid
Kalau anda rasa datang bulan dan haid itu satu cabaran, anda tak keseorangan. Kenapa haid macam satu beban untuk sesetengah orang? Masalah haid yang biasa terjadi ialah haid yang keluar dengan banyak, haid yang menyakitkan dan haid yang tak menentu. Bunyinya macam sesuatu yang sangat membebankan, tapi ada penyelesaian untuk masalah-masalah haid ini. Sila baca tentang masalah haid yang selalu dan biasa terjadi, perkara-perkara dalam hidup anda yang mungkin menyebabkan masalah haid terjadi, dan rahsia kami untuk membantu anda melalui tempoh kitaran haid tanpa sebarang komplikasi.
Haid Keluar Banyak
Darah haid anda keluar lebih dari 8 hari dalam sebulan? Anda mungkin mengalami haid yang mengalir dengan banyak atau nama saintifiknya, menoragia. Tapi jangan risau! Kita semua kena juga sekali-sekala. Simpanlah beberapa keping pad Kotex® Overnight untuk anda kekal selesa sepanjang hari dan sepanjang malam, juga ketika “kebocoran” atau aliran yang tak diduga. Salah satu cara nak elakkan haid keluar dengan banyak, ambillah vitamin yang banyak dengan makan buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Ambil pil vitamin juga dapat membantu.
Haid Menyakitkan
Perkara yang semua orang paling tak suka mestilah sakit masa haid. Ada sesetengah perempuan rasa tahap sakit yang teruk dari orang lain. Punca kesakitan ini boleh semuanya datang dari hormon 'prostaglandins' yang membuatkan uterus mengembang dan mengempis ketika proses melahirkan bayi. Bila bukan masanya untuk anda lahirkan anak, hormon ini fungsinya memberikan keperitan kepada anda. Senggugut, pening kepala, mual, muntah-muntah, dan sakit belakang semuanya adalah simptom ketika haid. Ubat penghilang kesakitan di farmasi boleh membantu meredakan sakit, tapi bersenam dan botol air panas juga boleh mengurangkan rasa pedih.
Haid Tak Menentu
Lebih kurang suku daripada semua perempuan akan mengalami haid yang tak menentu, walaupun mereka simpan jadual haid. Ini selalunya disebabkan hormon yang tak seimbang ketika akil baligh atau sebab stres. Ada juga jangkitan melalui hubungan seksual yang boleh jadi penyebab.
Untuk masalah-masalah macam ini, diet yang seimbang, bersenam dan berehat boleh membantu anda. Tapi kalau anda rasa sangat tak selesa dan tak tahan sakit, beritahu rakan-rakan atau terus berjumpa dengan doktor.
Sumber: Artikel diadaptasi daripada sumber artikel asli U by Kotex – Australia