Kesihatan V-Zone

Bolehkah Saya Menggunakan Tisu Basah Bayi Untuk Lap Vagina (Faraj) Ketika Datang Haid?

Bolehkah Saya Menggunakan Tisu Basah Bayi Untuk Lap Vagina (Faraj) Ketika Datang Haid?

Ya, boleh! Memang boleh lap guna tisu basah bayi untuk menjagakan kebersihan vagina. Tetapi ada juga tisu basah yang dibuat khas untuk wanita, yang dipanggil tisu wanita, tapi tak salah pun menggunakan tisu basah bayi. Kalau tisu basah bayi adalah selamat untuk bayi, ia juga sepatutnya selamat untuk remaja dan perempuan dewasa. Anda hendaklah berhati-hati jika menggunakan jenis tisu basah yang ada pewangi kerana ia mungkin mendatangkan kegatalan pada vulva, terutamanya kulit yang jenis sensitif.

Sebelum haid bermula setiap bulan, anda haruslah menyediakan bekalan tisu basah yang mencukupi kerana ia boleh digunakan sebagai pembersih peribadi wanita. Sebab kadang-kadang sewaktu haid, anda memang rasa ingin menggunakan tisu basah – cara yang paling mudah dan efektif untuk membersihkan kemaluan wanita. Tambahan pula, anda juga akan rasa segar pada kulit. Jadi janganlah risau tentang keselamatan menggunakan tisu basah bayi, kerana ia memang sangat selamat sebagai pembersih wanita untuk membersihkan kemaluan perempuan semasa datang haid. Jika anda tidak pernah menggunakan tisu basah, cubalah tisu basah bayi ataupun tisu wanita – anda pasti akan rasa lebih senang hati untuk membersihkan diri.

Beberapa cadangan tentang jenis tisu basah dan cara efektif untuk membersihkan faraj:

  • Gunakan jenis tisu basah yang tanpa pewangi. Bahan pewangi selalunya akan menyebabkan kegatalan.
  • Lap dari bahagian depan ke belakang, dan HANYA menggunakan tisu basah pada bahagian luar badan sahaja.
  • Hanya menggunakan tisu basah bila perlu. Contohnya, anda tidak perlu menggunakan tisu basah setiap kali anda ke tandas, hanya
  • menggunakan jika anda rasa perlu membersihkan bahagian bawah.
  • Berhenti kegunaan tisu basah jika anda mengalami kegatalan.
  • Pembersihan miss V adalah tanggungjawab semua wanita supaya anda sentiasa berasa bersih dan segar. Cara-cara lain untuk menjaga kesihatan vagina adalah dengan memastikan anda tukar pad selang setiap 4 jam atau kerap mandi. Membilas badan dengan sekejap pun sudah cukup untuk berasa bersih dan segar.

    Peringatan:

    Jika anda berasa apa-apa ketidakselesaan selepas menggunakan tisu basah bayi, anda hendaklah berhenti menggunakannya dan berjumpa doktor dengan segera.

    Janganlah membuangkan tisu basah di dalam mangkuk tandas, kerana ia akan menyekatkan aliran air tandas.

    Sumber: Artikel diadaptasi daripada sumber artikel asli U by Kotex – Australia

Recommended Products