Kesihatan V-Zone

Kesihatan Peribadi

Kesihatan Peribadi

Adakah anda rasa segan dan malu apabila kesihatan zon-V dibincangkan? Kawasan kemaluan adalah bahagian badan yang perlu diberikan perhatian, jadi, anda tidak perlulah berasa malu apabila topik ini dibincangkan. Perkara spesifik sebegini sepatutnya dibincangkan secara terbuka dan jangan disimpan atau didiamkan. Jadi marilah kita berbincang tentang kesihatan peribadi anda.

Kekalkan kebersihan kawasan kemaluan

Apabila kita membincangkan tentang kesihatan peribadi, sebenarnya tidak ramai yang tahu cara-cara pembersihan yang betul.

Di sini ada beberapa cara untuk pastikan kawasan kemaluan anda sentiasa bersih:

Gunakan panty liner setiap hari untuk kekal bersih dan selesa (untuk kesegaran optimum, kami cadangkan untuk tukar kepada liner baru setiap 4 jam) Gunakan seluar dalam jenis kapas yang tak ketat, dan pastikan anda tukar setiap hari
Jangan gunakan antiseptik, sabun kasar dan ataupun syampu semasa anda membersihkan kawasan kemaluan. Hanya gunakan air biasa

Apa yang harus dibuat kalau kawasan kemaluan menjadi gatal:

  • Pastikan pakaian yang menyentuh kawasan kemaluan yang dipakai oleh anda, tiada kesan bahan pencuci.
  • Pastikan juga pakaian anda tak dibasuh menggunakan pelembut kain
  • Mandi dengan air ditambah garam atau air pancuran sejuk kalau anda rasa kepedihan dan kegatalan
  • Jangan garu! Ia boleh melukakan kulit dan membuatkan kulit rasa lebih gatal
  • Elakkan daripada mencukur atau mencabut bulu pada kawasan kemaluan
  • Jumpa doktor dengan segera kalau kegatalan berterusan

Cara-cara untuk memastikan kawasan kemaluan bebas jangkitan:

  • Pastikan anda basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh kawasan kemaluan
  • Sentiasa mengelap dari bahagian depan ke belakang
  • Kekal bersih sentiasa - tak perlu skrub badan dengan kuat tapi kami cadangkan untuk anda mandi paling kurang sehari sekali
  • Elak dari menggunakan bedak atau minyak wangi pada kawasan kemaluan
  • Gunakan sabun lembut
  • Jangan berkongsi tuala
  • Masalah yang perlu diperhatikan

Berapa ramai yang pernah alami rasa kurang selesa atau jangkitan pada kawasan kemaluan, tapi segan nak berkongsi dengan orang lain dan lagi rela terseksa sendiri? Bila perkara macam ini terjadi, berdiam diri dan harapkan rasa sakit itu hilang sendiri memang bukan satu keputusan yang bijak. Anda kena tahu apa yang berlaku pada badan anda dan bercakap dengan individu yang boleh anda percaya. Anda memang tak keseorangan.

Jika anda pernah mengalami simptom-simptom seperti di bawah, silalah bergegas untuk berjumpa dengan doktor atau pakar kesihatan!

  • Kegatalan atau kepedihan di sekeliling kawasan kemaluan
  • Rasa pedih setiap kali anda kencing
  • Keputihan yang banyak atau tak normal
  • Bengkak di kawasan kemaluan
  • Pendarahan yang tak normal
  • Bau kurang menyenangkan

Tahukah anda:

Anda boleh mengelakkan jangkitan dengan kerap membersihkan kawasan kemaluan. Anda perlukan rutin pembersihan yang berdisplin, termasuk pemakaian panty liner setiap hari. Memakai Kotex® Daily Liner untuk membantu mengurangkan pembiakan bakteria di seluar dalam. Anda hanya perlu tukar panty liner baru selang setiap 4 jam!

Sumber: Artikel diadaptasi daripada sumber artikel asli U by Kotex – Australia

Recommended Products