Soal Jawab Bersama Dr. Norleen
Soal Jawab Bersama Dr. Norleen
Q1: Adakah keputihan itu normal? Apa penyebabnya?
Pelepasan keputihan setiap hari adalah normal dan ia sebenarnya bantu mengekalkan kesihatan kawasan kemaluan anda. Ia dihasilkan oleh kelenjar yang melapisi bahagian vagina dan serviks.
Q2: Kenapa jumlah keputihan yang keluar berbeza-beza setiap bulan?
Jumlah keputihan berubah bergantung kepada kitaran haid anda. Biasanya keputihan akan keluar dengan banyak beberapa hari semasa, sebelum dan selepas haid, dan juga ketika ovulasi.
Q3: Macam mana saya nak tentukan antara keputihan normal dan keputihan tak normal?
Keputihan normal biasanya berwarna sedikit kekuningan. Ianya tak berbau busuk dan paling penting tak menyebabkan rasa sakit atau gatal. Tapi kalau anda mengalami keputihan tak normal, anda akan nampak warna kekuningan, kehijaun atau keperangan pada warna keputihan. Ia juga akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan dan boleh menyebabkan kesakitan dan kegatalan. Kalau anda mengalaminya, sila berjumpa dengan doktor dengan segera.
Q4: Macam mana untuk menjaga kawasan kemaluan dengan cermat?
Mengekalkan kebersihan adalah sangat penting untuk memastikan kawasan kemaluan anda sentiasa sihat. Cuci dengan kerap, keringkan dengan betul dan guna panty liner yang mempunyai aliran udara setiap hari. Anda juga perlu mengelakkan daripada menggunakan sabun dan gel yang ada pewangi, kerana bahan kimia di dalamnya boleh mengakibatkan kegatalan pada zon-V yang sensitif.
Q5: Adakah selamat untuk guna panty liner setiap hari?
Ya! Disarankan untuk pakai panty liner setiap hari agar anda kekal segar dan dilindungi. Pastikan ianya ada aliran udara, seperti Kotex® Daily Liners, dan pastikan ia ditukar dengan kerap.
Q6: Berapa kerap perlu saya tukar panty liner?
Kami cadangkan untuk anda tukar panty liner selang setiap 4-6 jam.
Q7: Kulit saya pada bahagian bawah sangat sensitif dan senang rasa gatal, macam mana untuk saya elakkan perkara ini?
Kalau anda biasa cukur bulu di bahagian bawah, cuba untuk gunting dengan halus pula. Anda perlu bersihkan ia secara kerap dengan air, keringkan dengan betul dan elakkan dari gunakan sabun wangi. Kalau anda masih rasa gatal dan dapat ruam, sila berjumpa dengan doktor.
Q8: Kenapa saya selalu dapat senggugut semasa haid? Ada sesuatu yang tak kena ke?
Ianya normal untuk anda dapat kekejang perut semasa haid. Ia disebabkan oleh pengecutan pada dinding rahim di mana uterus anda mengecut dan mengembang untuk mengeluarkan darah haid. Senggugut juga akan bermula sehari dua sebelum haid anda tiba. Tapi jika anda mengalami senggugut yang sangat menyakitkan, lebih elok untuk terus berjumpa dengan doktor.
Q9: Adakah saya akan dapat kanser bila kerap pakai pad dan panty liner?
Tidak, anda tidak akan mendapat kanser daripada pemakaian pad dan panty liner. Produk-produk ini sangat selamat bila anda mematuhi cadangan pemakaiannya.
Q10: Bila saya perlu berjumpa dengan doktor?
Kalau anda mengalami simptom yang luar dari kebiasaan seperti kegatalan, rasa kurang selesa, kepedihan ketika kencing, haid yang tak menentu, atau keputihan yang tak normal dan berbau, anda perlu berjumpa dengan pakar ginekologi atau pakar sakit puan.
Anda disarankan untuk berjumpa dengan pakar ginekologi buat pertama kali ketika umur mencecah 13-15 tahun. Sesetengah perempuan menunggu sehingga selepas pengalaman aktiviti seks pertama mereka, tapi sebenarnya anda tak perlu tunggu. Lebih baik untuk anda mulakan pemeriksaan kesihatan seawal yang mungkin.