Kesihatan V-Zone

Jangkitan Yis

Jangkitan Yis

Tanya mana-mana perempuan yang pernah kena jangkitan yis dan dia mesti akan kata yang ianya lagi tak dijemput datang di “bahagian bawah” itu berbanding rakan yang datang sebulan sekali. Walaupun ianya menjengkelkan dan boleh jadi menyakitkan, jangkitan yis memang biasa terjadi, tidak terlalu serius dan mudah dirawat. Di sini ada beberapa jawapan untuk soalan-soalan yang biasa ditanya tentang mengenal pasti, merawat dan mengelakkan jangkitan yis.

Q. Apa itu jangkitan yis?

A. Yis ialah kulat yang wujud secara normal dalam vagina yang sihat, kadang-kala tahapnya jadi tak seimbang, menyebabkan ianya membiak dengan terlalu banyak. Dengan mengambil antibiotik, mempunyai tahap estrogen tinggi disebabkan oleh kehamilan atau terapi hormon, atau mengalami masalah kesihatan seperti kencing manis atau sistem imun yang terganggu, boleh menyebabkan ketidakseimbangan ini. Selain dari itu, kelembapan harian juga boleh menyebabkan jangkitan yis kerana persekitaran yang lembap sangat ideal untuk bakteria merebak. Kalau kelembapan harian tak dijaga dengan betul, risiko untuk jangkitan yis terjadi sangat tinggi.

Q. Bagaimana saya nak tahu kalau saya kena jangkitan yis?

A. Simptom yang paling biasa terjadi ialah kegatalan yang kerap dan teruk. Tanda-tanda lain seperti kepedihan ketika kencing dan keputihan yang tak normal. Kalau anda mengalami mana-mana simptom berikut, sangat penting untuk anda tidak buat diagnosis sendiri, kerana simptom jangkitan yis sama dengan penyakit yang berjangkit melalui aktiviti seks. Untuk mengurangkan risiko, sila berjumpa dengan doktor. Mereka boleh memastikan sama ada simptom yang anda alami adalah serius atau tidak.

Q. Macam mana nak hilangkan jangkitan yis?

A. Kebanyakan jangkitan yis boleh dirawat dengan ubat yang boleh di beli di farmasi, yang kebiasaannya terdiri daripada cecair yang boleh dimasukkan ke dalam vagina dan krim sapuan untuk disapu di bahagian luar vagina. Ubat-ubat ini paling elok digunakan sebelum anda tidur. Pastikan anda habiskan dos ubat yang diberi untuk mengelakkan daripada jangkitan itu hadir kembali. Bergantung kepada jenis yang anda pilih, rawatan boleh mengambil masa selama 1 hingga 7 hari untuk berhasil. Kalau jangkitan yis tetap terjadi dan degil untuk hilang, sila bertanya dengan doktor anda tentang ubatan preskripsi.

Q. Bagaimana nak elakkan jangkitan yis?

A. Ada beberapa perkara anda boleh buat untuk mengekalkan keseimbangan yis yang sihat dalam sistem badan anda. Pertama, pakai pakaian yang ada aliran udara - memerangkap kelembapan di bahagian bawah boleh buatkan sel yis membiak dengan mudah. Kedua, elak daripada mengambil antibiotik yang tak perlu. Antibiotik membunuh bakteria baik dan juga bakteria berjangkit, sekaligus mengganggu tahap seimbang yis dalam vagina. Ketiga, jauhkan diri daripada penyembur wanita, bedak, minyak wangi, douche dan tisu tandas wangi, kerana ia boleh mengganggu proses pembersihan semula jadi dalam badan. Satu tanggapan salah yang biasa adalah memakan yogurt boleh bantu untuk mengelakkan jangkitan yis kerana ia mengandungi bakteria sihat yang boleh mengawal populasi yis. Walaupun tiada bukti mengatakan perkara itu adalah benar, yogurt tanpa lemak boleh jadi sebahagian daripada diet seimbang, yang penting untuk mengekalkan tahap sistem imun yang sihat dan mengelakkan jangkitan yis.

Tahukah anda:

75% wanita pernah mengalami jangkitan yis*. Sesetengah jangkitan biasa terjadi tapi ia tak akan sembuh tanpa buat apa-apa. Salah satu faktor yang menyebabkan jangkitan ialah kelembapan harian, kerana persekitaran lembap membuatkan bakteria merebak. Jadi anda perlu kekal kering, segar dan dilindungi daripada kelembapan harian dengan memakai panty liner setiap hari. Dan ingat untuk tukarkannya dengan kerap!

*Statistik mengenai peratusan wanita yang mengalami jangkitan, fakta dari sumber Kementerian Kesihatan Malaysia, Rangkuman Laporan Rintangan Antibiotik 2014 dan Kementerian Kesihatan Malaysia, Panduan Antibiotik Kebangsaan 2014.

Sumber: Artikel diadaptasi daripada sumber artikel asli U by Kotex – Australia

Recommended Products