Kesihatan V-Zone

Temu Janji Pertama Anda Bersama Pakar Ginekologi

Temu Janji Pertama Anda Bersama Pakar Ginekologi

Ramai wanita yang rasa gemuruh atau runsing sebelum bertemu dengan pakar ginekologi. Ia bermaksud menerima fakta yang badan anda melalui perubahan dan anda telah mengambil langkah seterusnya dari zaman remaja ke alam dewasa. Sebelum pergi untuk temu janji pertama anda, ada beberapa perkara yang perlu anda jangka dan bersiap-sedia.

Bila anda perlu mula buat pemeriksaan dengan pakar ginekologi?

Temu janji pertama anda akan berlaku di antara umur 13 dan 15 tahun. Sesetengah perempuan menunggu untuk membuat pemeriksaan ginekologi yang pertama selepas mereka mula terlibat dalam aktiviti seks, atau sehingga mereka mengalami simptom atau masalah seperti keputihan tak normal, kepedihan pada vagina, senggugut yang terlalu menyakitkan atau haid tak menentu. Sebenarnya anda tak perlu tunggu. Lagi awal anda pergi buat pemeriksaan, lagi bagus.

Apa yang akan berlaku pada temu janji ginekologi yang pertama?

Normal untuk anda rasa gementar, tiada apa yang perlu dirisaukan. Temu janji pertama anda selalunya sangat mudah, dan doktor akan luangkan masa untuk mengenali anda. Doktor akan bertanya tentang latar belakang, sejarah perubatan keluarga dan juga kesihatan seksual anda. Ramai wanita yang rasa kurang selesa bila bincangkan isu peribadi, tapi penting untuk anda berlaku jujur kerana ia membolehkan doktor berikan bantuan yang terbaik.

Apa itu ujian ginekologi?

Ada 4 jenis pemeriksaan yang mungkin anda lalui semasa temu janji pertama. Setiap satu bergantung dengan tempoh temu janji pertama anda, umur, sejarah seksual dan sama ada anda mempunyai sebarang simptom tertentu.

Kalau anda ingin melakukan sebarang ujian, doktor akan menjelaskan terlebih dahulu supaya anda tak rasa bimbang. Doktor akan mengarahkan anda untuk pergi ke bilik air atau bilik persalinan untuk menukar pakaian dan memakai gaun. Normal ketika itu kalau anda rasa kurang selesa, tapi tak apa kerana gaun akan melitupi badan anda, dan doktor hanya akan membuka bahagian yang perlu sahaja untuk pemeriksaan. Ingat, setiap wanita diperiksa dengan cara yang sama.

4 jenis pemeriksaan itu adalah:

Pemeriksaan fizikal umum: Seperti pemeriksaan perubatan lain, ketinggian, berat dan tekanan darah anda akan dicatat.
Pemeriksaan buah dada: Doktor akan memeriksa buah dada anda menggunakan jari untuk pastikan jika ada sebarang benjolan atau keputihan tak normal.
Pap smear: Pap ialah mengikis sedikir sel yang menutupi serviks anda. Doktor akan gunakan berus khas dan menghantar sampel ke makmal untuk memeriksa jika ada kehadiran sel tak normal.
Pemeriksaan pelvik: Ujian ini tidak dilakukan untuk semua wanita melainkan mereka aktif secara seksual atau mempunya simptom tertentu di dalam vagina atau abdomen. Untuk melakukan ujian ini. pakar ginekologi anda akan mengarahkan anda untuk baring di atas meja ujian dengan kaki anda diletakkan di atas rakap khas sambil kaki anda dikangkangkan bagi membolehkan vagina anda diperiksa. Dengan sarung tangan, pakar ginekologi akan memeriksa vulva (bahagian luar vagina) untuk memastikan tanda-tanda jangkitan. Kemudian mereka akan membuka vagina anda menggunakan spekulum (sejenis alat dibuat dengan besi atau plastik) untuk menyuluh lampu ke bahagian dalam dan mengambil beberapa sampel sel, supaya mereka boleh memastikan sama anda mempunyai STD (penyakit berjangkit melalui seks) atau tidak. Kalau perlu, mereka akan melakukan Pap smear dalam masa yang sama. Akhir sekali, doktor akan masukkan satu atau dua jari ke dalam vagina anda sambil menekan abdomen supaya serviks, ovari dan rahim anda boleh disentuh. Ini adalah untuk memeriksa saiznya, untuk melihat jika ada sebarang kewujudan sista. Sesi itu boleh jadi sedikit tak selesa, tapi kalau anda tenang, anda biasanya tak akan rasa terlalu sakit.

Apa yang perlu anda sediakan untuk temu janji pertama?

Pertama, pilih doktor yang anda betul-betul rasa selesa.
Buat temu janji pada hari yang anda tahu anda tak akan dapat haid.
Sebelum pergi berjumpa doktor, fikirkan apa yang anda ingin tahu tentang kesihatan seksual dan organ pembiakan anda. Tiada soalan yang kurang cerdik. Tanya saja apa-apa soalan yang anda kurang jelas.
Tuliskan juga perkara yang merunsingkan anda: kesihatan vagina, pencegahan hamil, kesakitan kurang normal pada buah dada, soalan tentang haid.
Temu janji pertama biasanya akan buatkan anda gemuruh, tapi temu janji seterusnya anda akan rasa lebih tenang. Jangan risau, kalau doktor pada temu janji pertama buatkan anda rasa tak selesa, pilih doktor lain untuk temu janji yang lain. Penting untuk cari pakar ginekologi yang boleh anda percaya. Anda perlu berjumpa dengan pakar setiap setahun sekali untuk kekalkan kesihatan vagina yang bagus.

Tahukah anda:

Kebanyakan wanita tidak bertemu dengan pakar ginekologi untuk buat pemeriksaan, mereka hanya lakukanya bila sesuatu masalah terjadi. Ingat bahawa sangat penting untuk mengelak daripada merawat! Jaga kesihatan kawasan kemaluan anda dengan memakai panty liner setiap hari. Ianya selamat untuk dipakai setiap hari dan akan membuatkan anda kekal rasa segar dan selesa sepanjang hari.

Sumber: Artikel diadaptasi daripada sumber artikel asli U by Kotex – Australia

Recommended Products