Haid

Senggugut? Jom Buat Aktiviti Fizikal

Senggugut? Jom Buat Aktiviti Fizikal

Senggugut memang akan terjadi. Bila ia terjadi, anda pasti terus rasa nak baring atas sofa dan cari apa-apa saja yang boleh buat anda rasa selesa. Tapi sebenarnya, kerahkan segala tenaga untuk bergerak aktif satu cara mujarab untuk kurangkan senggugut semasa datang bulan.

Bersenam membantu badan anda melepaskan beta-endorfins, sejenis bahan kimia dalam otak yang bukan saja meningkatkan mood, ia juga dikaitkan dengan kebolehan untuk redakan rasa sakit dan merehatkan otot. Dalam kata lain, ia adalah ubat tahan sakit semulajadi dalam badan.

Bersenam juga membuatkan darah bergerak lancar dalam seluruh badan, termasuk di bahagian pelvik. Kelancaran darah yang baik boleh membantu untuk kurangkan senggugut. Jadi kalau senggugut anda agak kurang dan sederhana, dan anda dah berbincang dengan pakar kesihatan anda, teruskan untuk buat aktiviti fizikal seperti senaman aerobik dan regangan badan.

Senaman Aerobik untuk Melegakan Senggugut

Senaman aerobik ialah senaman yang boleh menaikkan kadar denyutan jantung, dan ini satu cara yang terbaik untuk kurangkan senggugut dan rasa tak selesa.

Berjalan

  • Berjalan di keliling kawasan rumah adalah cara paling mudah. Dengan berada di persekitaran luar juga boleh bantu anda melupakan kesakitan yang anda rasa ketika haid. Atau kalau nak cara alternatif, anda boleh berjalan di atas mesin treadmill. Ingat, sekali-sekala anda perlu berikan rehat yang cukup untuk badan anda. Fokus berjalan dan jangan terlalu fikirkan kesakitan yang melanda.

Berbasikal

  • Kayuhan sihat bagi kitaran yang sihat? Berbasikal, senaman kardio yang paling bagus untuk kelancaran darah, terutamanya di bahagian atas kaki, bawah abdomen dan bahagian belakang. Sama seperti berjalan, dengan berbasikal anda juga boleh menghirup udara sedar di luar dan dapatkan vitamin D dari cahaya matahari.

Menari

  • Tarian belly dancing boleh menguatkan abdomen dan otot bahagian belakang badan, sekaligus dikenal pasti sebagai cara untuk melegakan senggugut. Apa-apa jenis tarian pun efektif juga sebenarnya. Ada macam-macam jenis senaman yang berasaskan tarian seperti Zumba dan Jazzercise, salsa dan juga hip-hop. Atau paling mudah, pilih jenis lagu kegemaran anda dan terus menari!

Regangan Badan untuk Melegakan Senggugut

Regangan yoga juga efektif dan berkesan untuk menguatkan otot abdomen dan merangsang kelancaran darah bahagian pelvik. Cuba baca cara-cara kegemaran kami:

Gaya kucing lembu

  • Berdiri gunakan tangan dan lutut, angkat perut anda tinggi ke arah tulang belakang, jongket badan anda ke atas, lipatkan pelvik rapat dengan badan dan tundukkan kepala ke lantai. Ini adalah gaya kucing (bayangkan kucing yang ketakutan dan ia menaikkan belakang badannya dengan tinggi). Sekarang terbalikkan proses gaya kucing dengan menurunkan belakan badan menjadi lengkungan lembut sambil mendongakkan kepala ke atas. Ini adalah gaya lembu. Sekarang tukarkan gaya dari gaya lembu ke gaya kucing dengan berulang-ulang, hembus nafas masa buat gaya kucing dan tarik nafas masa buat gaya lembu.

Gaya ular tedung

  • Baring meniarap dengan meregangkan kaki, pinggang dijarakkan dengan hujung jari kaki menekan lantai. Letak tangan anda atas lantai di bawah paras bahu dengan siku dirapatkan pada tepi badan. Tarik nafas masa anda luruskan lengan, angkat dada anda dan dongakkan kepala anda menghadap siling. Angkat sampai tahap yang anda selesa. Ulang semula langkah-langkah dari mula sampai akhir.

Jangan Lengah-lengah, Terus Lakukan

Memang perlukan sedikit motivasi ekstra dari segi mental untuk mula buat senaman dan nak lepaskan diri dari tahap kurang selesa. Tapi kalau anda dapat rasa sakit senggugut berkurangan bila bersenam, percayalah ianya pasti berbaloi (termasuk ganjaran lain-lain seperti dapat kurangkan beberapa kilo berat badan!).

Sumber: Artikel diadaptasi daripada sumber artikel asli U by Kotex – Australia

Recommended Products