Haid

Petua Bersihkan Kesan Darah Haid

Petua Bersihkan Kesan Darah Haid

Kesan darah haid memang melecehkan. Tapi nak hilangkan tompokan darah di seluar atau seluar dalam kegemaran anda, ada caranya.

Ikut langkah-langkah di bawah:

Isi air di dalam sinki atau baldi dengan AIR SEJUK SERTA AIS (air panas boleh buat kesan darah jadi kekal), dan rendam kesan kotor paling kurang selama 10 minit, atau semalaman paling bagus.

Ikut langkah-langkah di bawah:

Lepas itu, kita tengok jenis kotoran:

Untuk kain putih, rendam kain perca putih yang bersih dalam hidrogen peroksida (boleh dibeli di farmasi dengan murah) dan gosok perlahan-lahan pada kesan kotoran. Hidrogen peroksida berkebolehan untuk hilangkan kesan darah, tapi kalau tak berhasil, rendam kain dalam cecair yang lebih kuat selama beberapa jam. Contohnya dalam cecair campuran 1 cawan peluntur dengan 6 cawan air.
Untuk kain berwarna, cuba buat cecair campuran 2 cawan air dengan 1 cawan garam. Rendam kain dan gosok kawasan yang terkena kesan kotor dengan garam secara perlahan-lahan sampai hilang.
Selesai cuci tompokan kesan darah, bila dengan air sejuk (jangan sesekali guna air panas) dan pantau jika terlepas pandang tompokan lain sebelum mengeringkan kain. Kalau kesan darah dah hilang, boleh terus keringkan dalam mesin pengering. Kalau masih ada saki-baki kesan darah, gantung dahulu sehingga kering sebab suhu panas dalam pengering boleh buat kesan darah melekat pada kain. Ulang langkah 1 dan 2 sampai kesan darah betul-betul hilang.

Kalau seluar dalam anda selalu jadi mangsa, baik anda beli stok seluar dalam warna hitam dalam 6-7 helai khas untuk jadikan “seluar dalam haid”. Terus boleh elak masalah kesan darah degil. Pakai Kotex® Daily Liners pasti boleh buat zon-v anda kekal selesa dan segar, bebas dari kesan darah sepanjang hari. Anda tak akan nampak tompokan langsung!

Dipetik daripada buku "Body Drama" oleh Nancy Redd.

Sumber: Sumber: Artikel diadaptasi daripada sumber artikel asli U by Kotex – Australia

Recommended Products