Haid

Haid Anda Tak Menentu? Apa Yang Normal dan Apa Yang Tak Normal?

Haid Anda Tak Menentu? Apa Yang Normal dan Apa Yang Tak Normal?

Kalau kitaran haid anda dah bermula, kami yakin bahawa haid anda tidak akan selalu datang tepat pada masanya. Ada masa ia sampai awal, ada yang datang lambat dan ada juga haid yang terencat. Waktu lain pula, tempoh haid juga mungkin berubah-ubah jumlah harinya. Anda risau pasal haid yang tak tentu macam ini? Jangan risau. Perkara ini biasa berlaku, sebab badan anda sedang menyesuaikan diri dengan perubahan dalaman. Tapi pada masa yang sama, anda haruslah mengambil perhatian dengan tanda-tanda dan simptom yang muncul kerana ia berkemungkinan memerlukan anda untuk berjumpa dengan doktor.

Badan manusia sangat unik dengan organ-organ dan fungsi tertentu, tapi janganlah anggap semuanya akan bergerak lancar macam mesin ya. Kitaran haid anda pun sama juga. Dari saat pertama darah haid keluar, badan anda akan cuba menyesuaikan diri dan proses ini mengambil masa dalam dua hingga tiga tahun. Dalam tempoh ini, memang normal kalau haid anda keluar dengan kadar yang tak menentu. Ada yang berlarutan dengan lama, ada yang sekejap saja dah habis, ada yang keluar dengan kerap dalam sebulan (kami harap anda ada bekal pad Kotex® Maxi untuk bersedia bila ia tiba-tiba keluar!) dan ada yang tak dapat haid dalam sebulan.

Punca Haid Tidak Tetap

Tahap hormon yang kawal frekuensi darah haid yang keluar berubah setiap bulan. Tambahan pula, ia terjadi (atau makin senang untuk terjadi) bila anda demam, berat badan meningkat dalam tempoh masa yang singkat atau anda melalui situasi yang memberikan stres sama ada di rumah atau di sekolah.
Anda boleh gunakan kalendar untuk membantu dalam situasi sebegini. Tandakan hari pertama haid anda bermula supaya anda boleh tahu kitaran haid anda yang normal. Kirakan hari pertama haid bermula sehingga tempoh haid berakhir. Secara teori, purata hari untuk proses haid berlangsung adalah selama 28 hari. Tapi ingat, ini hanyalah purata sebagai rujukan. Kitaran berbeza-beza bagi kebanyakan perempuan - haid boleh bermula selepas 28, 30, 31 hari atau ada yang lebih besar jaraknya. Yang paling penting sekali adalah frekuensi. Selepas beberapa bulan membuat nota dan menandakan tarikh hari haid, anda boleh nampak corak unik kitaran haid. Tapi, kalau anda mengalami ketidaktentuan sekalipun, badan anda akan memberi isyarat dan tanda-tanda yang anda akan datang bulan. Contohnya macam ini:

  • Rasa bengkak pada buah dada dan perut
  • Pening kepala
  • Rasa sakit dan/atau kurang selesa di bahagian bawah belakang badan
  • Mood berubah-ubah - Rasa sedih dan cepat marah tanpa sebab
  • Keluar jerawat
Remaja perempuan lain seperti anda mungkin ada yang mengalami haid yang tak menentu, atau ada yang terus berhenti dapat haid, di atas sebab seperti mengambil ubat tertentu, mengambil terlalu sikit kalori, atau mempunyai berat badan yang terlalu rendah. Beberapa perempuan akan mengalami masalah dengan kelenjar tiroid, atau badan mereka menghasilkan terlalu banyak androgen (androgen ialah hormon lelaki yang menyebabkan pertumbuhan rambut di muka, dada atau abdomen. Ia juga boleh menyebabkan berat badan berlebihan). Dalam kes seperti ini, atau ketidaktentuan haid berlanjutan sehingga lebih dari tiga tahun, adalah lebih baik untuk anda dapatkan pertolongan daripada doktor.

Tanda-Tanda yang Perlu Perhatian Doktor

  • haid yang berlanjutan lebih daripada seminggu
  • pendarahan yang terlalu banyak dan sakit yang keterlaluan di bahagian abdomen
  • haid yang datang kurang daripada 21 hari dari kitaran haid yang baru lepas, atau haid yang datang dua kali dalam sebulan
  • haid yang lewat lebih daripada 45 hari
Anda kini melalui saat penting dalam perkembangan hidup, di mana badan anda mengalami proses pertumbuhan kritikal (kitaran haid). Jadi, janganlah panik kerana pengeluaran darah haid adalah proses kitaran haid yang normal. Lebih banyak anda tahu tentang proses ini, lebih yakin anda akan rasa bila haid anda datang secara tak menentu atau secara normal. Diingatkan sekali lagi, jika anda perasan akan tanda-tanda yang tidak normal atau ada apa-apa soalan, terus bertanya dengan doktor atau pakar sakit puan.

Recommended Products