Haid

Terlepas Haid Bila Anda Tak Merancang Untuk Hamil - Kenapa?

Terlepas Haid Bila Anda Tak Merancang Untuk Hamil - Kenapa?

Terlepas Haid bila anda tak merancang

Haid - siapa saja yang sukakan kedatangan haid setiap bulan, tapi bila tak muncul-muncul boleh jadi panik dibuatnya. Apa maknanya kalau haid tak sampai dan adakah ianya satu benda yang tak elok? Semua bergantung dengan keadaan. Sesetengah perempuan dapat haid tepat pada masa. Orang lain ada yang dapat pada masa setiap bulan, jadi seeloknya berikan ia masa untuk datang dengan sendiri sebelum anda rasa stres. Baca apa yang patut tentang sebab-sebab kenapa haid anda boleh jadi lambat.

Stres

Anda baru pindah ke bandar yang baru dan persekitaran di sekolah baru atau pejabat baru buatkan anda rasa tak tenang? Anda baru lepas putus cinta? Anda sedang sibuk menyiapkan kertas ujian? Semua perkara macam yang disebut, dan banyak lagi, boleh menyebabkan stres keterlaluan. Kalau stres dah keterlaluan, boleh menyebabkan haid datang lambat sekaligus menambahkan lagi stres.

Stres boleh buatkan badan anda berubah dan melakukan perkara di luar batas normal. Ia juga boleh buatkan cecair yang mengawal haid (GnRH) berhenti daripada dihasilkan oleh badan. Ujian berikut boleh tentukan tahap stres anda:

Adakah anda tidur dengan postur yang betul di waktu malam?
Anda terlebih makan, atau terlalu sibuk hingga tak rasa lapar?
Anda senang rasa sakit hati dengan perkara-perkara kecil?
Anda rasa hidup tak teratur dan semua benda berlaku dengan pantas?
Anda rasa tak dapat nak tahan dengan rutin harian?
Kalau anda jawab ‘ya’ untuk semua soalan di atas, anda mungkin mengalami lebih daripada sekadar satu hari yang mencabar. Jadi aturkan hari anda untuk dapat rehat yang cukup supaya badan anda boleh kembali normal - begitu juga haid anda!

Penyakit menyebabkan terlepas haid

Kalau anda senang dapat selsema, demam dan sakit perut atau sakit di bahagian ‘bawah’, ada kebarangkalian yang ia akan menyebabkan haid anda terlepas. Bila anda pergi berjumpa dengan doktor sebab rasa kurang sihat, beritahu yang ‘pelawat sebulan sekali’ anda belum sampai supaya doktor boleh pastikan jika penyakit anda boleh menyebabkan ia terjadi. Memang bunyinya seperti memalukan, tapi jangan risau kerana ini perkara normal untuk doktor anda bincangkan. Bersembang tentang haid yang terlepas tak akan mengganggu atau merisaukan mereka seperti macam mana anda risau.

Turun atau tambah berat badan menyebabkan terlepas haid

Kalau rakan baik anda cadangkan diet baru di mana anda makan sebiji kacang pea sehari dan berlari selama 5 jam untuk kurangkan berat badan, haid anda juga boleh terlepas (tolonglah jangan percaya lagi dengan rakan anda). Terlalu kerap bersenam dan tak makan tiga hidangan dalam sehari boleh sebabkan badan anda turun berat dengan terlalu cepat dan badan akan terus rasa panik dengan perubahan mendadak, sekaligus tak bersedia untuk kitaran haid. Begitu juga dengan situasi jika anda baru putus cinta, dan cuba untuk lupakan rasa sedih dengan makan satu bekas biskut atau aiskrim. Badan tak akan boleh tahan dengan kalori yang terlalu banyak, sekaligus juga jadikan haid tak datang-datang. Anoreksia dan Bulimia adalah kecelaruan makan yang biasa terjadi dan boleh mengganggu proses semula jadi dalam badan, terutamanya kitaran haid. Kecelaruan makan sangat serius. Jika anda syak seseorang itu mengalami masalah kecelaruan makan, pastikan anda beritahu individu yang boleh anda percaya. Anda perlukan badan berfungsi untuk masa yang lama, jadi ambillah langkah cermat untuk menjaga badan dengan baik.

Faktor-faktor lain yang menyebabkan terlepas haid

Kalau anda selalu melancong ke luar negara, jam biologi pada badan anda senang untuk jadi keliru dan boleh jadi penyebab haid anda terlepas. Kalau anda kerap tukar ubat yang anda ambil (beralih dari satu jenis ubat kontraseptif kepada jenis yang lain) juga boleh sebabkan badan anda terlepas haid, sampailah badan anda dah sesuaikan diri dengan ubat yang baru.

Wanita berumur yang sedang melalui proses putus haid akan mula terlepas haid; ini mungkin terjadi pada ibu atau nenek anda. Kalau anda seorang perempuan dan haid anda baru saja bermula, ia akan sampai ikut masa yang tak menentu. Jangan risau, ini semua normal dan badan anda akan biasakan diri. Hanya pastikan anda bawa Kotex® Daily Liners dalam beg setiap hari supaya boleh sentiasa bersedia. Dan bila haid sampai, gunakan Kotex® Total Protection dengan Pro-Active Guards untuk tampung aliran tak diduga. Kalau anda terlepas haid dan perkara-perkara di atas tiada satu pun yang anda alami, baik berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Mana tahu ada sesuatu yang serius berlaku dalam badan.

Sumber: Artikel diadaptasi daripada sumber artikel asli U by Kotex – Australia

Kimberly-Clark makes no warranties or representations regarding the completeness or accuracy of the information. This information should be used only as a guide and should not be relied upon as a substitute for professional medical or other health professional advice.

Recommended Products