Haid

Manjakan Diri Anda Dengan Lima Jenis Makanan Yang Meredakan Senggugut

Manjakan Diri Anda Dengan Lima Jenis Makanan Yang Meredakan Senggugut Selain daripada tekanan dan kurang senaman, diet yang tidak seimbang juga adalah salah satu penyebab utama 85% wanita di dunia menderita daripada senggugut. Itulah sebabnya pengambilan diet yang kaya dengan vitamin seperti B6, nutrien seperti omega-6 dan mineral seperti zat besi dan lain-lain adalah sangat penting sebelum dan selepas haid. Untuk kemudahan anda, kami telah menyenaraikan lima jenis makanan yang boleh mengelakkan senggugut. BAGAIMANA ANDA BOLEH MELEGAKAN SENGGUGUT DENGAN KEKACANG? Sediakan salad dengan daun selada merah, sebiji epal, minyak zaitun dan 100 gram kacang kegemaran anda. Resipi ini amat mudah dan anda boleh tambah lagi pelbagai bahan lain yang mengurangkan senggugut. 1. KEKACANG. Kacang walnut, badam dan kacang tanah adalah antara sumber vitamin B6, yang membantu menghasilkan hormon serotonin. Ya, serotonin! Serotonin adalah hormon yang dapat membantu untuk meningkatkan mood dan perasaan kesejahteraan anda. Setiap hidangan 100 gram kekacang boleh membantu meredakan senggugut dan membuatkan anda berasa lebih selesa (UNAM Foundation). Kekacang merupakan sumber zat besi yang dapat membantu menjana semula sel darah dan dapat meningkatkan peredaran darah untuk mencegah sakit haid. Kekacang juga adalah salah satu sumber magnesium, sebuah antidepresan semula jadi. Anda akan rasa lebih selesa selepas makan hanya sedikit kekacang. BAGAIMANA SAYA BOLEH MENGHILANGKAN SENGGUGUT DENGAN TUNA? Tuna sesuai dijadikan tambahan hampir kesemua hidangan makanan. Ia boleh ditambah di dalam salad, sebagai hidangan utama ataupun dijadikan makanan ringan. Tuna boleh mengurangkan sindrom pramenstruasi dengan hanya memakannya sebanyak dua kali seminggu sebelum datang haid (UNAM Foundation, Mexico). 2. TUNA Minyak yang terkandung di dalam tuna amat membantu dalam mengurangkan kekejangan. Tuna mengandungi lebih banyak nutrien yang bersifat anti-radang jika dibandingkan dengan makanan yang lain, termasuklah omega-3, yang mampu melancarkan aliran darah dan juga aktiviti metabolik badan. Jika anda mengalami kembung sewaktu datang haid, anda pasti akan menyukai tuna. Ia mengandungi protein yang senang dihadam dan boleh mengurangkan keradangan di dalam badan. Anda juga boleh menggantikan makanan berlemak seperti daging dan tenusu kepada ikan segar dan tuna. BAGAIMANA ANDA BOLEH MENGHILANGKAN SENGGUGUT DENGAN BERAS PERANG? Makanlah beras perang sebelum anda datang haid, sebab ianya mengandungi nutrien yang boleh mencegah senggugut. Anda juga boleh mencuba membuat minuman dengan beras perang, jadikannya sebagai hidangan sampingan ataupun pemanis mulut. Beras perang mengandungi mineral yang kaya dengan nutrien yang akan membantu melegakan sakit perut anda. 3. BERAS PERANG Magnesium adalah nutrien yang diperlukan sewaktu datang haid. Ia membantu dalam fungsi otot dan mengelakkan penguncupan otot. Selain itu, magnesium juga membantu dalam proses penghasilan seronotonin, sejenis pengutus neuro yang boleh meningkatkan mood anda. 100 gram beras perang mengandungi kandungan magnesium yang lebih tinggi daripada 100 gram beras biasa/putih. Magnesium juga boleh mengurangkan kelesuan, meningkatkan fungsi psikologi dan mengekalkan kesihatan sistem saraf. Untuk kebaikan maksimum, tambahkan beras sebagai hidangan sampingan semasa makan tengahari. 4. HALIA Halia kaya dengan asid lemak politaktepu yang boleh membantu mengurangkan dismenoria iaitu senggugut sewaktu haid dan kekejangan yang teruk. Ia juga dapat mencegah kebengkakan dan ketidakselesaan kerana ia boleh mengurangkan keradangan. Vitamin E yang terdapat dalam halia juga boleh membantu mengangkut oksigen ke sel-sel serta melancarkan aliran darah. Halia memang terbukti berkesan dalam mengubati senggugut. Ianya sesuatu bahan rawatan yang sentiasa sedia di rumah sebagai penawar senggugut. Cara terbaik untuk mendapatkan kesemua manfaat halia adalah dengan menambahkannya ke dalam teh herba atau smoothie. 5. BUAH NENAS Jika anda tidak cukup tidur disebabkan senggugut, maka buah nenas adalah jawapannya! Buah nenas mengandungi kandungan serotonin yang tinggi dan ianya boleh membantu menstabilkan mood anda dan kadar degupan jantung anda. Buah ini juga mengandungi melatonin iaitu sejenis nutrien yang boleh mengurangkan insomnia. Buah nenas juga mengandungi vitamin C yang boleh membantu melegakan saluran pernafasan dan ianya juga sejenis antioksidan yang boleh mengekalkan kesihatan kulit anda. Bukan itu sahaja, ia juga memainkan peranan penting dalam proses penyembuhan. Dapatkan semua kebaikan buah nenas dengan menambahnya ke dalam minuman yang menyegarkan atau ke dalam salad anda. Kini anda sudah tahu dengan bahan makanan yang elok untuk mengurangkan senggugut anda, maka anda haruslah menambahkannya ke dalam makanan anda. Ikut sahaja panduan yang telah kami berikan dan pada waktu yang sama, anda juga boleh mengikuti kreativiti anda. Ciptalah resepi anda sendiri yang paling sedap. Ayuh mulakan!

Recommended Products